Bahan-bahan
500g tepung roti
5g instant yeast
50g gula
10g garam
260ml air sejuk (dari peti ais)
65g butter atau marjerin
10g bread improver
Cara-cara
- Uli semua bahan dengan pengadun roti sehingga kenyal
- Letak doh dalam besin atau dulang. Tabur sedikit tepung dan jadikan satu doh yang bulat.
- Timbang 800g dan bagikan kepada 3 bahagian.
- Gelek doh dengan penggelek. Gulungkan dan masukkan ke dalam acuan roti khas.
- Biarkan doh kembang dua kali ganda (1 jam)
- Tutup acuan dan bakar dalam oven 100C (panaskan oven 15minit dahulu)
- Bila roti dah masak, keluarkan segera roti.
- Kalau nak boleh sapu dengan butter cair semasa panas.
Tips :
-Kalau tiada mesin pengadun guna tangan aje la. Uli sehala.
-Kalau tiada acuan, gulungkan adunan selepas digelek.
-Letak dalam dulang yang telah disapu dengan butter.
-Kalau roti ni dah menjadi, boleh dipelbagaikan rasanya. Contoh :
uli sekali dengan koko dan raisin atau labu lemak yang telah direbus dan dilecek.
Biasanya saya gandakan adunan ni jadi 1 kg. Dapatlah 2 loft roti + 1 yangg kecil (sebab dah lebih 800g)